Isnin, 9 Januari 2012

KE SUNGAI TEKALA.

Assalamualaikum. Hai kawan-kawan. Apa khabar? Sihat?.Hari ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya pergi ke Sungai Tekala. Untuk ke Sungai Tekala awak kena melalui 'jalan kebun' sebelum  sampai ke tempat itu. Di sana awak akan dapati air sungainya yang jernih dan segar.  Saya bersama kawan-kawan mandi dan bermain hingga kesejukan.  Saya merasa sangat seronok dan berharap akan pergi semula ke sana...

Selasa, 7 Jun 2011

CUTI SEKOLAH DUA MINGGU

Wah.. bestnya!!
ASALAMUALAIKUM. Hari ini cuti sekolah.  Masuk dua minggu. Saya dan keluarga bercuti di kampung . Tapi abah pula tak ikut serta sebab dia pergi umrah . Tapi tak apa sebab bercuti kat kampung lagi best. Adik saya dan mak saya tidur di kampung. Adik yang kecil sekali pun ikut  . Kami sekeluarga sangat gembira. Sampai disini ya kawan kawan bye-bye  .

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru..

Ummi buat... cantik tak?
Assalamualaikum kawan kawan dah bagi hadiah kat cikgu ke belum? bagi lah sekarang. Tapi  kalau tak ada duit janganlah paksa ayah beli juga. Lebih baik buat kad,  lepastu tulis SELAMAT HARI GURU, tapi kalau tak ada kad, ucap je SELAMAT HARI GURU okeylah bye-bye..

    Jumaat, 29 April 2011

    HARI KANTIN

    hari katin akan bermula saya kena siap sedia untuk pergi hari kantin,saya akan pergi esok jam 8pagi tapi umi tak pergi kerana umi pergi pesta buku yang berlangsung pada hari esok,jadi saya adik, ulfah, asna pergi hari kantin okelah bye bye

    Selasa, 26 April 2011

    NAK BALIK KAMPUNG!!

    Gaya Najla minum sup
    Biasanya kami akan balik kampung setiap minggu. Tapi kali ni dah dua minggu tak balik kampung. Atok dan nenek dah rindu kat Najla.Tapi elok juga kami tak balik.. diaorang datang rumah dan tidur rumah kami pada malam Ahad lepas. Maman Hadi pun ikut sama.

    Isnin, 25 April 2011

    TAHNIAH..

    TahnIAHH!!.. Satu lagi blog anakanda ummi... Gunakan blog ini sebaik-baiknya agar memberi manfaat kepada Fikri...

    ALAMAK KENA PERIKSA!!

    alamak hari ini ada peperiksaan lah pulak ,tension betul banyak buku kena baca  sebab umi  suruh baca buku ,kena dapat a dalam semua pelajaran kalau tak dapat a mesti umi marah ,yang paling saya tak suka semasa umi sedang marah kalau umi marah habis membebel -bebel ,tapi tak apa sebab umi marah sebab sayang tapi yang lecehnya abah pula yang marah saya,tapi saya tetap sayang mereka okeyla.
    saya tension ni!!